Pages

Jumat, 27 Februari 2015

Inilah Golongan Ahli "NERAKA"

                                                                               

11 GOLONGAN AHLI NERAKA SATU GOLONGAN AHLI SYURGA

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-
A018
“Yaitu… hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”
Adalah diriwayatkan bahwa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya,
“Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?” Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut karena inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:
“Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan saja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-
 1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah karena mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
 2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat- lima waktu.
 3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kalajengking. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
 4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang suka berdusta.
 5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
 6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan suka maksiat atau berbuat jahat.
 7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
 8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik yaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
 9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
 10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua orang Tuanya.
 11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pahanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka yang suka minum- minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

 1.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas jembatan sirotol Mustaqim cepat seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.
Semoga kita bukanlah tergolong dalam 11 golongan ini,sama-sama kita kearah golongan yang mana berjalan di atas jembatan  sirotol Mustaqim cepat seperti kilat..Allohumma Aamiin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar