Saintis Membuktikan Nabi Musa Membelah Laut
Diantara peristiwa yang berlaku pada 10 muharram Ialah alloh telah menyelamatkan Nabi Musa As dan kaum Bani Israil dari kejaran Firaun serta Bala tentaranya dalam laut merah .Surah Al - Baqoroh Ayat 50 telah menceritakan hal ini dan hadits Nabi juga menerangkan kisah Bab tersebut ..
Para Saintis barat mengemukakan teori Angin bertiup yang membelah laut Merah untuk Nabi Musa As [lihat youtube].Mereka mengkaji semua itu akan tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri . Diantara Ajaranya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman -yg bernama Ahmad/muhammad .maka kalian berimanlah denganya tetapi itu tidak berlaku . Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 muharram meraikan Nabi Musa As tetapi menolak Ajaran Taurat yang lain .
Apa bedanya dengan Umat Islam yang berpuasa Sunat pada hari Asyura atau membuat keramaian serta memperingati hari tersebut akan tetapi menolak Ajaran Al - Quran serta Sunah rasul selain puasa ?
Imam Muslim meriwayatkan : dari Ibnu Abbas bahwa Nabi Muhammad Saw tiba di Medinah . Baginda mendapati Kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 muharram) Baginda bertanya : Hari apakah yang kalian puasa ini .
Jawab Yahudi : Hari ini adalah Hari mulia Alloh Menyelamatkan pada Musa dan Kaumnya.serta menenggalamkan Firaun dan kaumnya . Lalu Musa berpuasa pada Hari Asyura sebagai tanda syukur . Lalu kami berpusa padanya .Terus Nabi Muhammad Saw Bersabda : Kami lebih berhak dan Utama dengan Nabi Musa Daripada kalian' kemudian Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat untuk berpuasa juga .
At-tirmidzi meriwayatkan : dari Ibnu Abbas Baginda besabda Puasalah kalian hari ke 9 dan 10 . serta jangan sama dengan puasanya kaum Yahudi . hadits ini menjadi hujjah bagi Imam Safi'ie . Ahmad bin Hambal dan Iskhak ( tafsir Al-munir jz1 ms 163)
Hadits tentang Kaum Yahudi tersebut diatas. Ada perbahasanya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah Hadistnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau memperingati Asyura tidak berlebihan dan keadaan sadar dengan apa yang dibuat serta menghayati Islam secara syumul. Demikian juga mukjizat Nabi Musa As yang terbukti mendahului fakta saintifik.kita Orang-orang yang beriman kepada Alloh SWA membenarkan mukjizat Nabi Musa As walaupun tiada bukti saintifiknya.
Lakaran Art pada gambar yang menunjukkan angin kuat dari arah timur telah memyebabkan Air Bah (kiri) dan sungai (kanan) "berputar" dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.Para Saintis - Saintis di Amerika membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa As membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab Suci Al-Quran ' dan Kitab Injil .berita sebuah media tempatan.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai Saintis Carl Drews dari pusat penyelidikan Atsmosfera Nasional disini. mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum Alam dan Hukum fisik.
Kitab Suci Al-Quran menceritakan bahwa Nabi Musa As membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke Air Laut semasa Baginda dan kaum Bani Israil terperangkap diantara pasukan tentara Firaun yang sedang menghampiri mereka dan lautan yang terbentang didepan mereka.
Kumpulan para Saintis itu yang mengkaji beberapa peta Kuno "Delta Sungai Nil" mendapati laut terbelah dua itu merujuk kepada sebuah legun yang kini dikenali sebagai Danau Tanis diselatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan salah satu cabang dari Sungai Nil.
Kini dengan peralatan Canggih menggunakan simulator Computer para Saintis - saintis tersebut menunjukkan bahwa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan Angin kencang yang dikenali sebagai Angin timur yang bertiup secepat 100,8 kilo meter sejam(100km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan pantai itu berputar balik membentuk seperti dinding air.
Satu model Lautan Computer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalaman keatas air sedalam beberapa meter itu.
selama empat jam tiupan angin tersebut menghasilkan jembatan darat sepanjang 3.2 kilo meter dan selebar 4.8 km.
Sejurus setelah Angin timur reda. air pantai dan sungai itu kembali mengalir ketempat asal seperti ombak tsunami yang begitu dahsyat dan menakutkan.
Hasil penelitian dan kajian Saintis berkenaan disiarkan diinternet oleh JUrnal Public Library of Science One,
Semoga Atikel ini bermanfaat buat kita semua serta menambah keimanan dan ketaqwaan kita kepada Alloh Subkhanahu Wata'ala..Amin
Tidak ada komentar:
Posting Komentar