Pages

Jumat, 16 November 2012

U-Wais Al-Qorni

                              "   Siapakah Sebenarnya U-Wais Al-Qorni "

                                                                                      
                                 السلا م عليكم ؤرحمة الله ؤبرا كا تة

                            بسم الله الرحمن الرحيم

Pada zaman nabi Muhammad SAW masih hidup. Ada seorang Pemuda bermata biru, rambutnya merah, Pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.
Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel didada karena selalu melihat tempat sujudnya. Tangan kananya menumpang pada tangan kirinya.
Ahli Ibadah serta Ahli membaca Al-Quran dan selalu menangis. Pakaianya hanya 2 helai dan sudah kusut yang 1 untuk penutup badan dan yang satunya digunakanya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan. Tidak terkenal dalam kalangan Manusia. namun beliau sangat terkenal di antara penduduk Langit.
Diriwayatkan Tatkala datangnya Hari kiamat kelak. Dan tatkala semua Ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, beliau Justru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafaatnya. Beliaulah satu-satunya Manusia yang bukan Nabi/Rosul yang diberi izin oleh Alloh untuk memberi syafaat.
Ternyata Alloh memberikan izin padanya Untuk memberi syafaat bagi sejumlah bilangan Qobilah Robi'ah dan Qobilah Mudhor. Semua dimasukan ke syurga dan tiada seorangpun yang ketinggalan dengan atas izinya.
Beliau Adalah "U-Wais Al-Qorni " Siapakah beliau dimata Manusia ???
Tidak banyak yang mengenal apatah lagi mengambil tahu akan Hidupnya. Bayak suara-suara sumbang yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok, menghina dan mempermainkan beliau. Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang pendusta, tukang rayu, pencuri, dan pelbagai macam-macam Umpatan demi umpatan, Celaan demi celaan dari Manusia.
Suatu Hari seorang Fukoha di negeri Kuffah. Datang menemui beliau dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberikan 2 helai pakaian sebagai Hadiah. Namun Hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepada orang yang memberi hadiah. U-Wais lalu berkata :
"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."
U-Wais telah lama menjadi Yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara. Kecuali hanya Ibunya yang telah Tua renta serta lumpuh tubuh badanya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa. Bagi menampung kehidupanya sehari-hari. U-Wais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk menampung keperluan harianya bersama ibunya. Apabila ada uang berlebihan. U-Wais menggunakanya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.
Kesibukanya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta Tidak mempengaruhi Kegigihan untuk beribadah pada Alloh. Beliau tetap melakukan Puasa disiang hari dan bermunajat di malam hari.
U-Wais Al-Qorni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad SAW sampai di negeri Yaman. Seruan Baginda telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Alloh. Tuhan yang Maha Esa. Yang tidak ada sekutu Bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati U-wais. Apabila seruan Islam datang ke negeri Yaman. Ia segera memeluknya. Karena selama ini Hati U-Wais selalu merindukan datangnya Kebenaran.
Banyak sudah tetangganya yang telah memeluk Islam Pergi ke Madinah untuk mendengar Ajaran dari Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya di Yaman mereka memperbaruhi Rumah tangga mereka dengan Cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya Hati U-Wais apabila melihat setiap tetangganya yang baru pulang dari Madinah. Mereka itu bisa bertamu serta bertemu dengan kekasih Alloh penghulu para Nabi dan Rosul. Sedangkan beliau sendiri belum berkesempatan untuk menemuinya.
Kecintaanya Kepada Rosululloh menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang Kekasih. Namun apakan daya beliau tidak memiliki bekal yang mencukupi untuk pergi ke Madinah. Lebih beliau beratkan adalah keadaan Ibunya yang sedang sakit dan perlu di rawat. Siapa yang akan merawat Ibunya sepanjang ketiadaanya nanti ?
Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rosululloh SAW mendapat kecederaan dan Giginya patah karena terkena lemparan batu dari musuh-musuhnya. kabar ini sampai ke pengetahuan U-Wais beliau segera ambil batu dan memukul giginya sendiri sampai patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaan beliau terhadap Rosululloh SAW sekalipun beliau belum pernah melihatnya.
Hari berganti dan Musim berlalu. Kerinduan yang tidak terbendung lagi dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam. U-Wais merenungkan nasibnya dan bertanya dalam hati." bilakah aku dapat menziarahi Nabi dan memandang Wajah Nabi dari dekat " Bukankah Ia mempunyaiIbu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan Ibunya sendirian. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rosululloh SAW.
Akhirnya pada suatu hari U-Wais mendekati Ibunya. Beliau meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Baginda Nabi SAW di Madinah. Sang Ibu walaupun telah uzur merasa terharu ketika mendengar permohonan Anaknya. Dia amat Faham hati nurani anaknya lalu Dia berkata :
" Pergilah wahai anakku ! Temuilah Nabi dirumahnya. Apabila telah berjumpa segeralah engkau kembali pulang "
Dengan perasaan gembira beliau berkemas untuk berangkat. Beliau tidak lupa menyiapkan keperluan Ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani Ibunya selama mana beliau pergi.
Sesudah siap segala persiapanya U-Wais mencium sang Ibu. Maka berangkatlah U-Wais menuju kota Madinah yang jarak tempohnya kurang lebih 400 kilo meter dari Yaman. Medan yang begitu panas dilaluinya. Beliau tidak Gentar dengan perampok padang pasir, Bukit yang Curam, Gurun pasir yang luas yang bisa menyesatkan serta begitu panas terik disiang hari, Namun begitu dingin dimalam hari. Semuanya dilaluinya demi bertemu serta memandang sepuas-puasnya Wajah Baginda Nabi Muhammad SAW yang selama ini sangat beliau Rindui.
Maka hari yang dinanti tibalah U-Wais di kota Madinah. Segera beliau menuju ke rumah Baginda Nabi SAW. Diketuklah pintu rumah itu sambil mengucap Salam. Saat itu Keluarlah sayidatina Aisyah R.A sambil menjawab Salam U-Wais. Kemudian U-Wais segera memberi tahu maksud kedatanganya. Dan menanyakan keberadaan Baginda yang ingin beliau Jumpai.

Namun ternyata Baginda tiada dirumah melainkan sedang berada dimedan perang. Betapa kecewanya hati sang perindu ini. Dari jauh ingin berjumpa akan tetapi yang sangat dirindukanya tiada berada dirumah. Dalam jiwanya bergolak perasan ingin menunggu kedatangan Baginda Nabi SAW dari medan perang. Kapan Baginda akan pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan Ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, Agar segera pulang secepatnya ke Yaman.

Atas ketaatan kepada Ibunya. Pesan Ibunya tersebut mengalahkan suara hati dan kemahuanya untuk menunggu dan berjumpa dengan Baginda Nabi SAW.
Beliau akhirnya dengan terpaksa memohon pamit untuk pulang ke negerinya. Kepada Sayidatina Aisyah R.A Beliau hanya berpesan  Menitipkan Salam Untuk Baginda Nabi SAW. Dengan perasaan hampa Beliau melangkah pulang serta di iringi dengan hati yang sangat pilu.
Kemudian sepulang dari medan perang. Baginda Nabi SAW Langsung menanyakan tentang kedatangan Orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwa U-Wais Al- Qorni adalah anak yang patuh dan taat pada Ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal dilangit tapi tidak terkenal di bumi.
Mendengar Sabda Baginda Nabi SAW. Sayidatina Aisyah R.A dan para sahabat Nabi terpegun. Menurut Sayidatina Aisyah R.A Memang benar ada seseorang yang mencari Baginda Nabi SAW namun beliau segera pulang kembali ke Yaman karena Ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga beliau tak dapat meninggalkan Ibunya terlalu lama.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."
Sesudah itu Baginda memandang kepada Ali K.W dan sayidina Umar R.A serta Bersabda :
"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."
Tahun terus berjalan, dan lama kemudian Baginda Nabi SAW Wafat, Hinggalah sampai waktu Khalifah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq R.A. Telah digantikan dengan Khalifah Umar Bin khottob R.A.
Suatu ketika Khalifah Umar R.A teringat akan sabda Baginda Nabi SAW. Tentang U-Wais Al-Qorni Sang penghuni Langit. Kholifah Umar R.A segera mengingatkan sahabatnya sayidina Ali K.W untuk mencari U-Wais bersama-sama.

Sejak mulai saat itu setiap kafilah yang datang dari Yaman. Mereka berdua selalu bertanya tentang U-Wais Al-Qorni, Apakah beliau turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa Heran. Apakah sebenarnya yang terjadi sampai Beliau di cari-cari oleh sahabat Nabi.
Rombongan kafilah dari Yaman yang menuju Syam silih berganti, Membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika U-Wais Al-Qorni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.
Melihat ada rombongan Kafilah yang datang dari Yaman. Segeralah Kholifah Umar R.A dan Sayidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah U-Wais turut bersama mereka ?
Kepala Rombongan itu mengatakan bahwa beliau ada bersama mereka dan sedang menjaga Unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu Kholifah Umar R.A dan Sayidina Ali K.W segera pergi menemui U-Wais Al-Qorni.
Sesampainya di khemah tempat U-Wais berada. Kholifah Umar R.A dan Sayidina Ali K.W memberi salam. Namun tiada jawaban. U-Wais ternyata sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya Beliau menjawab Salam kedua tetamu tersebut sambil bersalaman.
Dalam Waktu yang bersamaan sewaktu mereka berjabat tangan. Kholifah Umar R.A membalikkan telapak tangan U-Wais untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan U-Wais. Sebagaimana pernah di Sabdakan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.
Memang Benar belaka !!! Beliau penghuni Langit mereka berdua kemudian bertanya siapa Nama saudara ?  " Abdullah " jawab U-Wais. Mendengar jawaban itu kedua sahabat Nabi itu tertawa serta mengatakan : " Kami juga Abdullah, Yakni hamba Alloh. Tapi siapakah Namamu yang sebenarnya ?" U-Wais kemudian menjawab " Nama Saya U-Wais Al-Qorni "
Dalam asyiknya bercerita mereka bertiga, Di ketahui bahwa Ibu U-Wais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya Beliau baru bisa turut bersama Rombongan kafilah yang berdagang menuju Syam. Akhirnya Kholifah Umar R.A dan sayidina Ali K.W memohon agar beliau berkenan mendoakan untuk mereka berdua.

U-Wais enggan dan berkata kepada mereka " Sebenarnya Sayalah yang harus meminta doa pada Kalian " Mendengar jawaban dari U-Wais Kholifah Umar R.A berkata : " Kami datang kesini untuk memohon Do'a dan Istighfar dari Anda " Karena desakan mereka berdua, U-Wais Al-Qorni Akhirnya mengankat kedua tanganya. Berdoa serta membacakan istighfar buat tamu tersebut. 
Setelah itu Kholifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan Uang negara dari Baitul Mal kepada U-Wais. untuk jaminan hidupnya. Namun segera U-Wais menolak cadangan tersebut dengan halus seraya berkata. " Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya biarlah hamba yang fakir ini tidak dikenal/diketahui siapapun "(subkhanalloh)
Setelah kejadian tersebut Nama U-Wais Al-Qorni kembali tenggelam dan tiada kabar berita seakan-akan hilang ditelan Bumi.
Akan tetapi setelah beberapa Waktu kemudian, Tersiar khabar Bahwa U-Wais Al-Qorni telah  pulang ke Rahmatullah. Anehnya pada saat beliau akan di mandikan secara tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikanya. Dan ketika di bawa ketempat pembaringan untuk dikafankan disanapun sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankanya.

Demikian juga halnya ketika ada orang mau pergi hendak menggali kuburnya. disanapun tenyata sudah ada orang yang sedang menggali kuburnya sehingga selesai. Ketika iringan-iringan jenazah dibawa menuju ke perkuburan, Masyalloh luar biasa banyaknya orang-orang pada berebut untuk mengusungnya.

Syekh Abdullah bin Salamah menjelaskan :
" Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang dari menghantarkan jenazah. Lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut dengan tujuan memberi tanda kuburnya, Akan tetapi sudah tiada terlihat bekas dikuburanya tersebut "
( Syekh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama U-Wais Al-Qorni masa pemerintahan Kholifah Sayidina Umar R.A ).
Pemergian U-Wais Al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman dan sekitarnya. Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak dikenal  datang berduyun-duyun untuk menguruskan jenazah serta pengebumianya. Padahal U-Wais adalah seorang yang Fakir, Miskin yang selama hidupnya tidak pernah dihiraukan oleh penduduk Yaman.
Sejak beliau dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke liang lahat, Di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dulu. Maka penduduk kota Yaman menjadi tercengang. Maka diantara mereka saling bertanya-tanya " Siapakah sebenarnya Engkau Wahai U-Wais Al-Qorni ?" Bukankah Engkau yang kita kenal, Hanyalah seorang yang Fakir, Miskin dan tidak memiliki apa-apa ? Kerjamu hanya sebagai pengembala.
Namun ketika hari Wafatmu. Engkau telah menggemparkan seluruh penduduk kota Yaman. Dengan hadirnya Manusia-manusia asing yang tidak kami kenali selama ini. Mereka datang dengan jumlah yang sedemikian banyaknya.
Agaknya mereka adalah para Malaikat yang diturunkan ke bumi, Hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamanya. Baru saat Inilah Penduduk Yaman mengetahuinya Siapa U-Wais Al-Qorni yang sebenarnya ..

" Beliau adalah U-Wais Al-Qorni tidak dikenal di Bumi Namun sangat Terkenal di Langit "


Tidak ada komentar:

Posting Komentar