Pages

Kamis, 22 Mei 2014

Berbakti pada Orang tua Tunaikan kewajiban

                                                                            

Islam telah mendidik dan menyeru umatnya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa sepanjang hayat mereka. Ini karena begitu besar jasa dan pengorbanan mereka semenjak kita dilahirkan sehingga menjadi anak yang soleh dan solehah.
Sesungguhnya baginda Nabi SAW telah menjelaskan sejelas-jelasnya kedudukan ibu dalam hadits ketika baginda ditanya tentang siapakah yang lebih berhak untuk berbuat baik dan didampingi. Maka baginda s.a.w menjawab: “Ibu kamu”. Kandungan hadits ini menjelaskan ibu itu tiga kali lebih diutamakan dari seorang ayah dalam berbuat kebajikan.
hal ini karena pelbagai dugaan mahupun tantangan terpaksa ditempuhi sepanjang masa ketika hamil, kemudian tatkala melahirkannya, sewaktu menyusukan anaknya seperti yang digambarkan dalam firman Allah s.w.t: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah.  Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menyapih susuanya ialah dalam masa tiga puluh bulan. (Ahqaf: 15)
Ibu merupakan seorang insan yang telah mengandungkan kita selama sembilan bulan dan sanggup bertarung nyawa  melahirkan kita di muka bumi ini. manakala seorang bapa bekerja keras siang dan malam mencari rezeki semata-mata untuk menjaga dan memenuhi keperluan seorang anak. Mereka sanggup mengorbankan kepentingan diri dan menghadapi pelbagai tantangan demi masa depan anak-anak. Oleh yang demikian, menjadi kewajiban dan tanggungjawab seorang anak untuk menjaga dan memelihara kedua orang tua dan berdosa besar  bagi anak-anak yang melupakan dan mengabaikan tanggung jawabnya kepada ibu bapa.
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.” (surah al-isra’ ayat 23)
Sudah jelas tertulis di dalam al-Quran bahwa anak-anak wajib berbuat baik kepada orang tua dan dilarang sama sekali meninggikan suara atau menengking ibu bapa walaupun hanya menyebut perkataan ‘uhh’ ataupun ‘ah’.
Dalam pada itu juga, sebagai seorang anak tidak sepatutnya mereka menghantar ibu bapa yang telah lanjut usia ke pantai jompo atau rumah badan kebajikan. Anak-anak hendaklah menjaga sendiri keperluan ibu bapa dan tidak menjadikan ibu bapa mereka sebagai beban. Ibu bapa amat memerlukan layanan, perhatian dan belaian kasih sayang dari anak-anak sebagaimana anak-anak memerlukan kasih sayang semasa masih kecil.
Berkata Ka’ab al-Akhbar r.a: “Sesungguhnya Allah SWA menyegerakan kebinasaan seseorang hamba apabila dia mendurhakai kedua ibu ayahnya, disegerakan baginya azab. Dan Allah akan menambah usia (memanjangkan usia) seorang lelaki apabila dia berbuat baik kepada kedua ibu ayahnya untuk dia menambahkan kebaikan dan kebajikan. Dan di antara kebaikan kepada keduanya ialah dengan kita menghulurkan nafkah apabila diperlukan oleh mereka berdua”..
Ingatlah wahai orang mukmin sekalian, kejayaan serta kesuksesan kita pada hari ini adalah atas keberkahan doa ibu bapa. Kesuksesan di dunia hanyalah sementara dan tidak akan menjamin kehidupan kita di akherat kelak. Maka berbaktilah kepada ibu bapa selagi mereka masih bernyawa dan Mohonlah kemaafan dari mereka sebelum terlambat karena penyesalan nanti hanya akan menjadi sia-sia.(Menyesal kemudian tiada arti)
N/B :- Jadilah anak yang berbakti kepada kedua Orang tua kita agar kita senantiasa hidup Bahagia di dunia maupun di akherat... Allohumma Aamiin..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar