Pages

Minggu, 14 April 2013

" Pertanyaan WANITA "


                                                                            

Kaum hawa selalu mengeluh dan melafadzkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.
Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, sana tutup, sini tutup. Susah kalau begini. Kenapa laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun tak apa. Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan isteri A:
“Kenapa Ya kita para istri ini mahu keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita mahu keluar kemana-mana pun tak bagitau kita tak apa pulak.?”
Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan istri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa mahu beranak kita tanggung sendiri!”
Keluhan istri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam kasih tahu suami perlu taat pada istrinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan istri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh mahu beribadat seperti lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, tak boleh solat dan puasa. Ingat perempuan ini suka kah tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengexploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya  karena disogok pertanyaan.
Kaum lelaki pula bilang, “Ah, mujur aku ini lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahwa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan yang melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Wahai adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. kamu ada emas dan permata, adakah kamu mahu letak terdedah ditepi jalan' tempat lalu lalang orang ramai..atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika kamu letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi?...Aurat orang Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat sampai lutut tapi kamu? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! kamu tak mungkin akan terangsang nafsu melihat saya hanya bercelana pendek sampai lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi pak imam pun akan tercabut serbannya jika melihat kamu pakai hanya bercelana pendek!”
                                                                                

Lelaki beriman menjawab keluhan istri A:
“Ok, istri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. tapi Istri tidak perlu lagi, ta'atnya hanya pada suami. Kenapa kamu perlu taat pada suami? Karena suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul kah wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu... jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kasian pada lelaki kah, dia perlu membagikan harta pusaka itu kepada istri dan anak-anaknya. Kalau istri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan istri B:
“Selamat sebab kamu dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali kamu begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya kamu! Andaikan kamu meninggal pula masa melahirkan itu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti kamu malah beranak 15 kali pun sehat sampai ke tua! Sebab itu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”
Lelaki beriman menjawab Keluhan istri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah istri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? kamu nanti di akhirat, kamu akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki kamu!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“mahu beribadat seperti lelaki? Ingat mudah kah mahu dapat syurga? Sadarlah, kamu sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang kamu sukai. Ya, sudah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami kamu. Itu saja asas”nya!
Lelaki beriman menjawab Keluhan istri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggung jawabnya kepada Allah, maka anda akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang anda mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah istrimu karena dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap istri anda sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, niscaya syurga menanti.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar