Pages

Jumat, 25 April 2014

Agama Islam itu Pilihanku

                                              

Agama adalah nyawa bagi kehidupan " MUSLIM " 

Agama adalah asas/dasar bagi segala kehidupan muslim, manakala aqidah (keimanan) adalah asas bagi agama Islam. Dua perkara pokok ini mesti difahami oleh seluruh masyarakat, sama ada muslim atau bukan muslim. Kedudukan agama dalam kehidupan muslim bukan hanya sekadar keperluan rohani atau perkara yang boleh diambil atau ditinggal, bahkan ia adalah kewajiban yang mesti diterima dan dilaksanakan. 

Agama bukan bahan tempelan bagi memenuhi syarat digelar muslim, atau perkara yang diterima dalam sesetengah keadaan dalam memenuhi keperluan hidup, sebagaimana pakaian, yang boleh dipakai bila mana perlu dan ditanggal bila mana tidak memerlukannya. Ia juga bukan seumpama makanan, yang boleh di ambil bila mana lapar dan ditinggal bila mana merasa kenyang. Bagi umat Islam, agama adalah nadi, jantung dan nyawa bagi kehidupan muslim yang HAKIKI. 

Agama adalah asas kehidupan, asas penilaian dan asas bagi segala tindakan, keyakinan dan kepercayaan. Di atasnyalah berdiri segala tindakan, penilaian dan keyakinan. Karena persoalan agama inilah umat Islam terdiri dari pelbagai tahap dan golongan. Walau semuanya muslim.

Ada aorang Islam yang menghayati sepenuhnya segala ajaran Islam, dengan penuh kepercayaan, keimanan, dan kesungguhan sehingga keyakinannya menyerap dalam seluruh akal budinya. Golongan ini dipanggil " MUKMIN ".


Manakala ada dalam kalangan orang Islam yang hanya sekadar percaya beberapa kewajipan asas/dasar agama khususnya hubungan dengan Allah, sedang keyakinannya tidak meresap ke dalam seluruh akal budinya, ia bercampur baur antara taat dan maksiat. Golongan ini hanya dinamakan golongan " MUSLIM ".

Sama halnya dengan orang Islam yang hidup membelakangkan tanggungjawab terhaap Allah seperti mengabaikan sembahyang, puasa, zakat, haji serta melakukan pelbagai dosa dan larangan Allah, namun ia masih berkeyakinan kewajipan yang mesti dilaksanakan, atau masih berkeyakinan dan tahu perbuatan haram, namun dilakukan kerana kelemahan/Minimnya Iman di hati, atau karena malas dan cuai, maka golongan ini dinamakan golongan " FASIK ". yaitu golongan yang melakukan dosa besar dan tidak bertaubat kepada Allah.

Manakala sesaorang yang melanggar kewajipan asas /Dasar seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lainnya dengan penuh keyakinan ianya BUKAN SATU KEWAJIPAN, atau tidak haram melakukan larangan Allah seperti berzina, minum arak, berjudi dan lainnya, sekiranya dilakukan dengan pengetahuannya maka golongan ini dipanggil " MURTAD ". Yakni telah terkeluar dari lingkungan seorang muslim. Kerana ia telah MENGHALALKAN APA YANG DIHARAMKAN OLEH ALLAH, ATAU MENGHARAMKAN APA YANG DIHALALKAN oleh Allah.

Maka sebagai seorang muslim mereka mesti menerima, beramal dan mematuhi apa jua kewajipan Allah ke atasnya, dan meninggalkan apa jua larangan Allah. Maka kita mesti mengetahui apakah perkara kewajipan dan apa pula perkara yang dilarang oleh Allah. Mengetahui perkara ini termasuk fardu ain, yang mesti dipelajari dan dihayati oleh setiap muslim.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar